Monday, July 28, 2008

Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN SECARA “ONLINE” (MELALUI LAMAN WEB) :- Semua graduan Universiti (Ijazah Pertama, Diploma dan Ijazah Tinggi) adalah diwajibkan melengkapkan soal-selidik bagi Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menerusi Sistem Maklumat Kajian Pengesanan Graduan di laman web berikut :-
https://graduat.mohe.my http://www.mohe.gov.my
Soal-selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan, panduan dan maklum balas yang berharga dari para graduan dalam usaha berterusan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan tahap jaminan kualiti perkhidmatan serta sistem Pendidikan Tinggi Negara. Sistem ini akan diaktifkan/dibuka mengikut kumpulan graduan.
Kumpulan 1 - 14 Julai 2008 (bagi Ijazah Pertama [Penuh Masa & PPPJJ] / Diploma yang tamat pada semester 2 – 2008/2008)
Kumpulan 2 - 22 Julai 2008 (bagi semua Ijazah Tinggi Sarjana/PhD)
Kumpulan 3 - 8 Ogos 2008 (bagi Ijazah Pertama [Penuh Masa & PPPJJ] / Diploma yang tamat pada KSCP)
Sistem ini akan ditutup pada 24 Ogos 2008 iaitu seminggu selepas Konvokesyen. Setiap graduan perlu melengkapkan soal-selidik yang diberikan dan seterusnya mencetak Slip Pengesahan Kajian sebagai bukti. Slip Pengesahan Kajian perlu diserahkan sebagai bukti anda telah melengkapkan kajian soal-selidik ini semasa mengambil skrol masing-masing. Sila beri kerjasama agar tidak timbul sebarang masalah.

5 comments:

5zal said...

Salam, I just printed out the slip pengesanan graduat. I think our data has been added to the system. So, start to log in and print your slip!!!

Anonymous said...

Faizal, Aliya or anyone HELP!!! I went to the website to fill in the Kajian Pengesanan Graduan but there are so many applications there... which one are we supposed to click... ANSWERS please somebody... Thanx and adios for now...

5zal said...

Pick the " Tracer Study Online" then choose the language (server 1 or 2). Then voila...u can find find the form there!

Anonymous said...

Fai, who sponsored our studies? besides our family of course... Thanx!!!

ALIYA said...

Our boss laa, KPM.. correct or not? hi3