Tuesday, May 20, 2008

THE INCENTIVE DG29 TO DG41

MELAKA, 16 Mei (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.
Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara “time-based” setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.
“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.

Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.

Pengumuman beliau disambut dengan tempukan gemuruh lebih 3,000 guru yang hadir. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Abdullah berkata bersandarkan kepada asas-asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.

Abdullah berkata bahawa setelah menambah kuota jawatan lebih 300 peratus dalam Skim Guru Cemerlang pada tahun 2006, dan untuk memastikan jawatan itu dapat dinikmati segera oleh guru, kerajaan bersetuju untuk menambah baik beberapa syarat bagi skim itu.
Pertama, bagi pengisian jawatan guru cemerlang D.G.A.32 dari gred asal D.G.A.29 dan jawatan guru cemerlang D.G.44 dari gred asal D.G.41, syarat tempoh kelayakan dipendekkan dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar. Kedua, bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang.

HOLD ON FRIENDS...

I found this at NUTP website: http://www.nutp.org/malay/index.html

Makluman:- terkini - 20.5.08
Jawapan pada soalan-soalan yang kerap ditanya oleh ahli


Kumpulan guru gred DGA29 diberi pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based dari DG41 ke DG44.
Kaedahnya:
3 tahun pengalaman di PPPLD diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan diatas.Maksimum 3 tahun pengalaman diberi.
Contoh :
1. PPPLD 9 tahun

2. PPPLD 10 tahun
3. PPPLD 15 tahun } 3 tahun pengalaman mengajar diberi

That means if you have 3 years' teaching experience as a teacher in primary school, you'd be considered as having 1 year's experience as a DG41 teacher,
those with 10 years' services will be considered as a DG41 teacher with 3 years' experience. That means those who have more than 9 years' experiences as a PPPLD teacher just have to wait for 7 years to be eligible for DG44.

** THOSE WHO ARE NOT NUTP MEMBERS ARE NOT ELIGIBLE TO GET THE INCENTIVES :P
(just kidding.. what are you waiting for? Grab the NUTP forms laaa so we can be a stronger union!! I know some of you PKPG Tesolians have not registered yourselves as a NUTP member, tsskkk tssskkk tssskkk)

No comments: