Thursday, October 30, 2008

KURSUS INDUKSI, ANYONE?

PANDUAN PENGECUALIAN MENGHADIRI KURSUS INDUKSI UNTUK TUJUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Berikut adalah kategori calon yang boleh diberi pengecualian daripada menghadiri kursus induksi Sistem Saraan Baru/Sistem Saraan Malaysia apabila dilantik ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG3/DG41.


Berdasarkan Surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA 241/46 Jld. V (69) bertarikh 1 April 1993. Calon-calon yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Induksi apabila dilantik ke jawatan tetap sebagai PPPS Gred DG3/41 adalah seperti berikut;

1. Guru PPPBS/LD yang dilantik dalam kategori B (skim JKK ’76) atau setaraf seperti B8,B9,C1, B10, T1, D3 yang telah mengambil dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan (PAK) sebelum disahkan dalam jawatan sebelum ini.
2. Guru PPPBS/LD yang telah meningkat daripada kategori C8 (SPM) kepada B10 (STPM) mengambil dan lulus PAK sebelum tahun 1994; dan

Pengecualian (berdasarkan keputusan mesyuarat pada 16.8.1999 di antara JPA, KPM dan SPP,

2.1 PPPBS C8 yang meningkat ke B10 tetapi tiada PAK yang telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999.

2.2 PPPBS C8 yang telah lulus PAK walaupun tidak disyaratkan tetapi telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999.

3. Guru PPPBS/LD yang telah dilantik buat kali pertama selepas tahun 1992 dan telah menduduki Kursus Induksi Kumpulan I sebelum disahkan dalam jawatan.
4. Guru yang telah bertukar daripada skim perkhidmatan lain yang menguntukkan penyandangnya untuk lulus Kursus Induksi Kumpulan I atau lulus PAK sebelum disahkan dalam jawatan dan kemudian dilantik ke PPPS.
5. Guru yang telah meletak jawatan dan telah lulus dengan jayanya Kursus Induksi SSB apabila dilantik dalam jawatan yang memerlukan lulus kursus dalam kumpulan yang sama.

Walau bagaimanapun, pihak JPA melalui surat JPA 241/20/14 Klt. 83( ) bertarikh 23 Disember 2003 telah memutuskan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah C8 yang tidak meningkat ke skel gaji B10 dan telah lulus Peperiksaan Am Kerajaan yang kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG3 layak untuk dikecualikan dari mengikuti dengan jayanya Kursus Induksi bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan sebagai PPPS Gred DG3/DG41.

No comments: